BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

The Journey

The Journey
"Friendship is unnecessary, like philosophy, like art... It has no survival value; rather is one of those things that give value to survival."

Sunday, July 20, 2014

Tak terkata

Ya Allah. Tak habis lagi kegembiraan aku setelah pass interview USM dekat Kubang Kerian, Kelantan haritu. Mana taknya, bukan senang nak pass. Yang paling aku gembira sangat, roomate aku pun pass jugak interview ni. Apa-apa pun benda tak confirm lagi, jangan over. Yelah macam-macam kena buat lagi. Means kene sign up for MARA. Maybe kena buat essay? Tak kesah la harap-harap semuanya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah Ya Allah!!

Eh mesti orang pelik selalunya course medic interviewnya mestilah berperingat-peringkat. Macam UKM. Pass sekali interview, ada lagi interview. Then baru la termaktub sebagai student medic UKM. Aku rasa maybe sebab program ni still baru lagi. Setakat ni belum ada lagi yang dah graduate. Sekarang ni first batch tengah final year rasanya. So kiranya aku ni batch ke-5 lah ye? Hehe

Program ni baru so aku rasa bertuah sangat. Tak terkata. Mana taknya, aku pasti makin lama nanti mesti interview makin susah and kuota yang pihak USM akan ambil mungkin berkurangan. Yang aku pergi interview ni pun takde buat preparation apa-apa disebabkan roomate aku terlebih dahulu pergi interview untuk program ini. Dia cakap senang je. Rilex and sembang2 kosong je. Hahaha

Sembang2 kosong lah sangat. Dia tanya macam2 soalan yang aku rasa agak tercabar dek pemikiran aku ni. Nasib baik aku di antara candidate yang hujung2 untuk di-interview. So aku dapat tips daripada encik yang jaga waktu pendaftaran. Soalan-soalan yang probably ditanya sewaktu interview.

Aku pun buat muka seposen what what takkan dia tanya soalan susah macamni? Time tu jugak lah aku terpikir2 jawapan ape aku nak kasi. Alaaa dia nak tengok cara kita fikir je. Matang ke tak. Sesuai ke tak jadi dokter. Gabra gak la aku waktu tu disebabkan memang tak prepare apa-apa.. Haha

Apa-apa pun walaupun tak confirm pergi lagi sebabnya kalau MARA tak lulus, tak mampu saya nak kesana menggunakan duit sendiri :'( , aku sangat bersyukur kerana Allah bagi peluang aku rasa perasaan yang macamni. Tak tertulis macam mana rasanya.

Apa-apa pun kalau semuanya dah confirm betul2, aku akan cerita dari a-z macam mana aku boleh terbabit dengan program ni ye? Hehe. Salam pagi Ahad 22 Ramadhan . Assalamualaikum :)